Melanie Martinez
Melanie Martinez

Melanie Martinez

Melanie Adele Martinez[1] (lahir 28 April 1995)[2] ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon, pengarah, jurugambar, dan penulis skrip Amerika Syarikat. Dilahirkan di Astoria, Queens, dan dibesarkan di Baldwin, New York, Martinez terkenal pada 2012 selepas muncil di rancangan bakat vokal televisyen Amerika The Voice. Selepas tamat rancangan itu, beliau melancarkan single sulungnya "Dollhouse", diikuti oleh EP sulungnya dengan tajuk yang sama (2014), melalui Atlantic Records.Martinez kemudian melancarkan album studio pertamanya, Cry Baby (2015), yang kemudian mendapat pensijilan platinum dari Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) pada Februari 2017.[3] Lagu-lagu Martinez "Sippy Cup", "Mad Hatter", "Mrs. Potato Head", "Cry Baby",[4] "Pacify Her",[5] dan "Soap",[6] semuanya menerima pensijilan emas di AS, dan lagu-lagunya "Dollhouse"[7] dan "Pity Party"[8] menerima pensijilan platinum dari RIAA.Martinez menerbitkan album studio keduanya, K-12 (2019), di samping filem yang menyertainya, sebagai kesinambungan dari jalan cerita Cry Baby. Beliau telah menerima jolokan sebagai "Ratu Emo-Pop".[9]

Rujukan

WikiPedia: Melanie Martinez http://headlineplanet.com/home/2016/12/05/melanie-... http://headlineplanet.com/home/2017/04/06/melanie-... http://headlineplanet.com/home/2017/07/13/melanie-... http://headlineplanet.com/home/2017/08/01/melanie-... http://headlineplanet.com/home/2017/09/27/melanie-... http://www.idolator.com/7602587/melanie-martinez-s... http://www.imdb.com/name/nm6791934/ http://melaniemartinezmusic.com http://melaniemartinezmusic.com/ http://www.news12varsity.com/melanie-adele-martine...